Kisah Nabi Muhammad S.A.W Bagian 3

Wafatnya Khadijah dan Abu Talib


Rasulullah amat sedih melihat tingkah laku manusia ketika itu terutama kaum Quraisy karena baginda tahu akan akibat yang akan diterima oleh mereka nanti. Kesedihan itu makin bertambah ketika istri kesayangannya wafat pada tahun sepuluh kenabiaannya. Istri bagindalah yang tidak pernah jemu membantu menyebarkan Islam dan mengorbankan jiwa serta hartanya untuk Islam. Dia juga tidak jemu menghiburkan Rasulullah di saat baginda dirundung kesedihan.


Kisah Nabi Muhammad S.A.W Bagian 3


Pada tahun itu juga paman baginda Abu Talib yang mengasuhnya sejak kecil juga meninggal dunia. Maka bertambahlah kesedihan yang dirasakan oleh Rasulullah karena kehilangan orang-orang yang amat disayangi oleh baginda.


Hijrah Ke Madinah


Tekanan orang-orang kafir terhadap perjuangan Rasulullah semakin hebat selepas kepergian istri dan paman baginda. Maka Rasulullah mengambil keputusan untuk hijrah ke Madinah menyusul ancaman dari kaum kafir Quraisy untuk membunuh baginda.


Rasulullah disambut dengan meriahnya oleh para penduduk Madinah. Mereka digelar kaum Muhajirin manakala penduduk-penduduk Madinah dipanggil golongan Ansar. Seruan baginda diterima baik oleh kebanyakan para penduduk Madinah dan sebuah negara Islam didirikan di bawah pimpinan Rasulullah s.a.w sendiri.


Negara Islam Madinah


Negara Islam yang baru dibina di Madinah mendapat tentangan dari kaum Quraisy di Makkah dan gangguan dari penduduk Yahudi serta kaum bukan Islam yang lain. Namun begitu, Nabi Muhammad s.a.w berjaya juga membangun sebuah negara Islam yang mengamalkan sepenuhnya pentadbiran dan perundangan yang berlandaskan syariat Islam. Semua rakyat mendapat hak yang sama. Piagam Madinah yang merupakan sebuah perjanjian bertulis telah dibentuk. Piagam ini mengandung beberapa pasal yang melibatkan hubungan antara semua rakyat termasuk kaum bukan Islam dan meliputi aspek politik, sosial, agama, ekonomi dan ketenteraan. Kandungan piagam adalah berdasarkan wahyu dan dijadikan dasar undang-undang Madinah.


Islam adalah agama yang mementingkan kedamaian. Namun begitu, aspek pertahanan amat penting untuk melindungi agama, masyarakat dan negara. Rasulullah telah mengikuti 27 kali ekspedisi tentara untuk mempertahan dan menegakkan keadilan Islam. 


Peperangan yang ditempuh baginda ialah 


  • Perang Badar (623 M/2 H)

  • Perang Uhud (624 M/3 H)

  • Perang Khandak (626 M/5 H) 

  • Perang Tabuk (630 M/9 H). 


Namun tidak semua peperangan diakhiri dengan kemenangan.


Pada tahun 625 M/ 4 Hijrah, Perjanjian Hudaibiyah telah disepakati antara penduduk Islam Madinah dan kaum Musyrikin Makkah. Maka dengan itu, negara Islam Madinah telah diiktiraf. Nabi Muhammad s.a.w. juga telah berjaya membuka semula kota Makkah pada 630 M/9 H bersama dengan 10 000 orang para pengikutnya.


Perang terakhir yang diikuti oleh Rasulullah ialah Perang Tabuk dan baginda dan pengikutnya berjaya mendapat kemenangan. Pada tahun berikutnya, baginda telah menunaikan haji bersama-sama dengan 100 000 orang pengikutnya. Baginda juga telah menyampaikan amanat baginda yang terakhir pada tahun itu juga. Sabda baginda yang bermaksud:


"Wahai sekalian manusia, ketahuilah bahawa Tuhan kamu Maha Esa dan kamu semua adalah daripada satu keturunan iaitu keturunan Nabi Adam a.s. Semulia-mulia manusia di antara kamu di sisi Allah s.w.t. ialah orang yang paling bertakwa. Aku telah tinggalkan kepada kamu dua perkara dan kamu tidak akan sesat selama-lamanya selagi kamu berpegang teguh dengan dua perkara itu, yaitu kitab al-Quran dan Sunnah Rasulullah."


Wafatnya Nabi Muhammad s.a.w


Baginda wafat 632 M/12 Rabiul Awal tahun 11 Hijrah. Baginda wafat setelah selesai melaksanakan tugasnya sebagai rasul dan pemimpin negara. Baginda berjaya membawa manusia ke jalan yang benar dan menjadi seorang pemimpin yang bertanggungjawab, berilmu. Rasulullah adalah contoh terbaik bagi semua manusia sepanjang zaman.


DONASI Bantu berikan donasi jika artikelnya dirasa bermanfaat. Donasi Anda membantu Admin untuk lebih giat lagi dalam membuat artikel yang lebih bermanfaat. Terima kasih.
Postingan Lebih Baru Postingan Lebih Baru Postingan Lama Postingan Lama

Postingan lainnya

Komentar

Posting Komentar